i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Tuesday, July 31, 2012

Bolehkah mendoakan yang buruk kepada orang yang menyakiti kita?

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Sebelum kalimah lain disusun, marilah sama-sama kita mendoakan yang lain-lain semuanya agar tergolong dalam golongan yang soleh/solehah dan mudah2an kita adalah umat yang akan bersama-sama Rasulullah di SyurgaNya.Allahumma Amin..

Baiklah, seringkali kita melihat/ mendengar kisah mengenai sahabat-sahabat atau kisah terdahulu yang mana adanya orang yang disakiti/dizalimi oleh yang lain sehingga dia berdoa yang macam-macam agar orang yang menyakitinya itu dibalas dan diazab oleh Allah dengan keras. Nauzubillah. Mudah-mudahan ana harap sahabat-sahabat ana bukan tergolong dalam golongan yang sedemikian yang mana sering mendoakan yang buruk kepada orang lain.

Hal ini kerana ulama' bersependapat bahawa orang-orang yang mendoakan keburukan orang lain walaupun orang itu telah melakukan kejahatan kepada dirinya, maka dia termasuk dalam golongan orang yang telah membuat maksiat. Nauzubillah...

Pendapat ini dikuatkan dengan Firman Allah yang bermaksud:

"Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa."

(surah Al Isra ayat 11)


Astaghfirullah Al Azim. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang tergesa-gesa wahai sahabat. Setiap apa yang telah berlaku adalah apa yang telah Allah tetapkan. Kehidupan ini adalah pilihan, maka andai yang buruk dipilih, maka buruklah yang kalian akan dapat sama ada cash Allah beri di dunia, atau Allah akan balas di sana.

Andai kata seseorang telah mengambil hak kamu, maka itu adalah rezekinya,bukan rezeki kamu. Maka tekadkan pada hati kalian bahawa "barangkali ini bukan rezeki aku, maka redhakanlah aku Ya Allah.Mudah-mudahan yang lebih baik akan diperolehi." Dan andaikata seseorang telah diambil oleh orang lain menurut kamu, maka ketahuilah Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Maka itu adalah kemenangan buatmu. Mengapa berduka? Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim ketika anaknya Nabi Ismail disuruh Allah untuk disembelih. Ambil peringatan dari Allah melalui kisah tersebut.

seterusnya doakan kepada yang menyakiti kamu dengan doa yang baik. Mudah-mudahan Allah mengkurniakannya Taufiq yakni kekuatan dan Hidayah iaitu PetunjukNya. Insya-Allah.

Jadilah manusia yang sering memaafkan, berlapang dada dengan kesakitan/ musibah/ ujian Allah. Berbaik sangka dengan manusia yang menyakiti kamu kerana itu juga menandakan kamu berprasangka baik kepada Allah. Seandainya kamu terasa kehilangan/ kesakitan yang amat di atas perbuatan yang lain terlampau-lampau sehingga merosakkan perasaan kamu, maka rujuk kembali solatmu. perbaikilah. kerana pada solat itu barangkali ada silapnya, maka sama-sama diperbetulkan. dan rujuk kembali makanan bagi hati-hati kita, di situlah RAJA, andai buruk PEMERINTAHNYA, maka terumbang ambinglah RAKYATNYA.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

Sumber: Tanyalah Ustaz TV9.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH.

-RAMADHAN KAREEM-

Saturday, July 28, 2012

Bersentuhan dengan pelajar/ kanak-kanak khas

Soalan: Boleh atau tidak sentuh/ salam pelajar/ kanak-kanak khas?

Jawapan:

Kategori Khas ini banyak jenis pelajarnya. Guru khas ini sama seperti doktor. Jadi, dibolehkan untuk menyentuh pelajarnya kerana kalau tidak disentuh, bagaimana ingin diajar. Pelajar khas ini ada yang tidak berakal, kurang dan ada juga yang berakal seperti kanak-kanak, buta dan pekak.

Akidah mesti kemas. Bila bersama Mat Rock, Mat Rempit, Mat Gian, Mat Gitar dll, maka sertai mereka. Tapi kena ingat. AQIDAH MESTI SENTIASA KEMAS. Niat untuk ajak mereka kepada Allah.

Ini adalah antara jawapannya. Ada banyak, tapi ini antaranya la. yang pasti dibolehkan bagi tujuan mendidik kanak-kanak khas ini. Apa yang ana sering lihat, ada guru terutamanya yang menolak tangannya ketika pelajar khas ingin bersalam dengan mereka sehingga mereka kadang kala mencebik muka/buat hal/ mengamuk dsb. Pelajar/ kanak-kanak khas ini adalah golongan yang cukup istimewa. perlukan belaian, perhatian, dididik secara lebih, tumpuan yang sangat banyak kerana mereka sangat "suci", tidak mumaiz (tidak dapat membezakan yang mana betul yang mana tidak). Bagi yang sangat-sangat menjaga dan khuatir, kalian bolehlah memakai sarung tangan ketika mengajar.

Ada juga segelintir pelajar/ kanak-kanak khas ini yang bernafsu sebenarnya. Jadi, kena berikan didikan dan perhatian agama yang lebih kepada mereka. Mereka terlalu dibiarkan dan terabai. Mereka sememangnya tidak dapat membezakan yang mana betul atau tidak. Tetapi, mengikut jenis sindrom yang dialami.

WALLAHUA'LAM BISSAWAB.


(Alhamdulillah diberi peluang untuk turut serta bersama pelajar Maktab Batu Pahat d PDK Parit Raja. Bersama Arissa yang seronok main kat PDK. Nasib baik dia x takut, habis setengah balang keropok dia mkn masa sesi melawat kanak-kanak khas yang telah lama tidak bersekolah. Alhamdulillah. Kena pergi lagi Insya-Allah.)

FASTABIQUL KHAIRAAT- BERLUMBA LUMBA KE ARAH KEBAIKAN

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..


Alhamdulillah d ats setiap nikmatMu Ya Rabb..

Pertama sekali, ana ingin memohon maaf d atas ke"ghaib"an FB ana..Banyak asbabnya..tapi tu la..kalau boleh,ana memang xnk explain apa-apa mengenai keghaibannya kerana biarlah ana luahkan kepada Rabb sahaja. Ianya tidak ada kaitan dengan makhluk lain walau kuman sekalipun..tp diri ana sndiri.

Ana sanggup mengorbankan puluhan hal dunia kerana akhirat. Cukup kn alasan tu?

Insya-Allah..cukup la alasan itu kepada manusia, selebihnya hanya diluah kepada Allah. Insya-Allah,kalau ada FB pn,ianya akan lebih kpd page dakwah tanpa nama ana, tanpa sifat-sifat ana yg trcermin,dan lebih tersembunyi..kenapa? WALLAHUA'LAM BISSAWAB..

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Fastabiqul Khairaat ya sahabati.. =)

perkongsian: perbezaan AKHLAK BAIK dan SIFAT BAIK adalah:

-Akhlak baik itu adalah perbuatan baik yang kita lakukan tanpa memikirkan apa kesannya.cth, kita lihat orang kemalangan, kita terus berhentikan kereta dan tolong. Tidak berfikir sama ada ada orang lain yang akan tolong orang tu.

-Kelakuan baik itu hanya terlihat apabila seseorang itu masih lagi berfikir-fikir sama ada nak buat sesuatu yang baik atau tidak. cth, kita lihat kemalangan tadi,kita fikir "nak berhenti ke x? "ada orang tolong ke x ek?" "kalau tolong nanti dan ramai pulak orang tolong"..


yang mana pilihan kita?

WALLAHUA'LAM BISSAWAB//HIASI DIRI DENGAN AKHLAK RASULULLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT//ASIF DARI ANA UTK HAL HAL YANG MENJADI ASBABNYA DOSA KEPADA SESIAPA PUN// JAZAKILLAH KPD SAHABAT ANA CIK BULAN, JANGAN BERSEDIH KHUATIR HILANG AIR DALAM BADAN, KANG KURUS SANGAT KANG NANTI// INSYA-ALLAH KITA AKAN BERTEMU LAGI DI DUNIA ATAU D AKHIRAT// REDHA ALLAH YANG UTAMA//

Tuesday, July 17, 2012

PERBUATAN TERAKHIR ADALAH WARISAN PERBUATAN TERDAHULU



Ibnu Rajab Rahimahullah berkata:

"Secara global, perbuatan terakhir adalah warisan perbuatan terdahulu. Semua itu telah tersebut dalam kitab terdahulu. Dari sini boleh diketahui, rasa takut para salaf bertambah besar terhadap Su'ul Khatimah. Di antara mereka ada yang cemas kerana mengingat perbuatan yang lalu. Ada juga yang berpendapat bahawa hati orang-orang yang baik bergantung kepada perbuatan terakhirnya. Mereka mengatakan, "Dengan perbuatan apa kita akan ditutup?" Sedang hati orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah bergantung kepada perbuatan-perbuatan terdahulu, "Perbuatan apa yang telah dilakukan untuk diri kita?"

Sebahagian salaf berkata, "Tiada yang membuat mata ini menangis selain kerana perbuatan yang terdahulu." Sufyan berkata kepada sebahagian orang soleh, "Apakah ilmu Allah tentang dirimu yang membuatmu menangis?" Orang itu menjawab, "Dia meninggalkanku tidak berbahagia selamanya."

Sufyan Ats-Tsauri sangat gelisah dengan perbuatan terdahulu dan perbuatan yang menutup kehidupannya, dia menangis dan berkata, "Aku takut kalau aku dicatat dalam induk kitab sebagai orang yang sengsara." Dia menangis dan berkata, "Aku takut jikalau keimanan dicabut ketika kematian menghampiriku."

Malik bin Dinar mengerjakan solat sepanjang malam sambil memegang janggutnya dan berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengetahui penghuni syurga dari penghuni neraka, maka di antara dua tempat ini manakah tempat Malik?"

Oleh sebab itulah para sahabat dan orang-orang sesudahnya dari salafus-shalih takut melakukan kemunafiqan, dan kian hari kekhuatiran dan kesedihan mereka semakin bertambah. Seorang mukmin sangat tekut dari melakukan kemunafiqan kecil dan takut kemunafiqan itu akan menang pada saat akhir hidupnya sehingga mengalihkannya kepada kemunafiqan yang besar. WALLAHUA'LAM BISSAWAB.

|| semoga sama-sama dapat mengambil iktibar. ana dan juga sahabat-sahabat sekalian. Ana sangat takut dan khuatir akankah dosa-dosa ana diampunkan? adakah pengakhiran ini khusnul khatimah atau su'ul khatimah? Nauzubillah..ana sangat rindu untuk berlari ke arahNya, melihat wajahNya, bertemu Rasulullah, berkumpul dengan para sahabat, salafus shalih. Namun adakah selayaknya diri ini melakukan hal yang demikian? Bagaimana dengan perhitungan? Kitab Amalan dan sebagainya? Keluarga? Sanak saudara? Akankah bertemu semula di sana atau sebaliknya? Astaghfirullah Al Azim. ||

Friday, July 13, 2012

HIDAYAH ALLAH


Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

مَنْ دَعَاإِلىٰ هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الاَجْرِمِثْلُ أُجُرِمَنْ تَبِعَهُ لاَيَنْقُصُ ذٰلِكَ مِنْ اُجُوْرِهِمْ شَيْئًا

“Barang siapa menyeru kepada hidayah (petunjuk) maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dari pahala mereka sedikitpun.” (H.R Muslim)

-wallahua'lam bissawab-

Wednesday, July 11, 2012

ALLAH MERAHMATI TULANG YANG TEGAK DALAM KETAATAN


Allah merahmati tulang yang tegak dalam ketaatan dan sentiasa kukuh. Malam telah gelap gelita, tatkala tulang itu telah tegar berdiri, namun setiap kali mengingat Jahannam, ia gentar dan lari, dan setiap kali terbayang dosa-dosanya ia menjerit dan lekas-lekas memenuhi kewajipannya.

Ibnu Mas'ud menangis sehingga baginda harus mengusap air matanya dengan telapak tangannya. Abdullah bin Umar menangis sehingga air matanya kering dan kelopak matanya berkerut. Hisyam As-Dastawai menangis sampai matanya rosak, terbuka namun tak dapat melihat. Al- Fudhail telah terbiasa menangis, sering juga menangis dalam tidurnya, sehingga penghuni rumah mendengarnya.

Mereka menangis pada Dzat Pengasih saat malam
Air matanya terus menitis, mereka tidak jenuh
Jengkal jengkal tanah merindukan mereka
Rindu bila mereka sujud di atasnya


(Ensiklopedia Kiamat)

|| berapa banyak yang mati saban hari, namun sedikit yang mengambil pelajaran. Hanya angan-angan dunia menjadi kegilaan. Penyakit Masyarakat ||

Tuesday, July 3, 2012

Ku Serah Cinta-Inteam

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini