i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Sunday, October 30, 2011

3 Cahaya pada Hari Qiamat



Tiga Cahaya Di Hari Qiamat:

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :




"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.




Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.




Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

-----------------------------------

Rasulullah bersabda:

"Diampunkan bagi Muazzin sepanjang jarak suaranya. Dia mendapat pahala sebanyak orang- orang yang solat kerana mendengar azannya tanpa mengurangi pahala mereka sendiri"

:: Subhanallah..Engkaukah Muazzin itu? ::

Saturday, October 29, 2011

Jodoh & Takdir



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

----------------------------

lagu ni,adanya seorang sahabat bagi kt ana..syukran kerana membantu ana belajar menerima hakikat dan syukran kerana memberi "inspirasi" kepada ana dlm mempersiapkan diri sebelum bertemunya ana dgn pencintaNya..wa syukran fi sabilillah...Jazakallah khairan...

----------------------------




::MENJADI SOLEHAH::

Saham Terbesar



sahabat2 ana tengok la video ini yek..ada input di dalamnya..ni jek dari ana utk skrg ni...

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T...SEMOGA SENTIASA DI DALAM KEREDHAAN ALLAH....

Friday, October 28, 2011

Boleh ke pakai jubah konvo???

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..diberikan peluang acapkali oleh Allah untuk terus mencoret..walau dalam apa keadaan sekalipun,dgn kehendakNya, SEMUANYA PASTI...

Baiklah, sekadar perkongsian bersama untuk petang ini..

Tiba2 ana teringt akan soalan ana ketika di dalam kelas PEMIKIRAN ISLAM tempoh hari..



"ustaz, saya ada terbaca di Internet,yang JUBAH KONVO" 2 menyerupai pakaian paderi..betul ke?? dh 2 cmne ustaz nk konvo? kalau xnk pakai boleh ke??

ha..penah x korang baca pasal benda ni?? yg pernah 2 pernah la..yg xpernah 2,meh pernahkn..huhu..

Jawapan ustaz ana yg bijaksana, pinjaman ALLAH berbuyik begini:

"tiada masalah untuk memakai jubah konvo 2..seandainya diteliti,siapa yang meniru siapa?? (siapa yg meniru siapa??) Kan pakaian Rasulullah itu adalah Jubah, serban..jadi,orang2 paderi itulah yang meniru Rasulullah..tiada permasalahan di sini..mereka mengatakan sedemikian adalah untuk melemahkan kita,umat Islam,kalau xde agama,ha..kita ni percaya la...(dgn nada yg lembut,perlahan, sambil tersenyum ustaz explain..manis betul..hihi)"


ustaz mmg xde nk explain psl hadith,tp ana search td pasal pakaian Rasulullah:

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):

“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).


maksudnya di sini,boleh la kn pakai jubah konvo 2..ke ada yg dah baca psl artikel 2 terus bagitau mak dia nk berenti belajar sbb xmo pakai jubah konvo?? huhu..(gurau jek..)

hal2 mengenai agama ni,sememangnya kita perlu mncari guru,bukan sekadar percaya pada satu fakta...selebihnya, wallahua'lam bissawab..Allah Maha Tahu...


(Jubah Rasulullah SAW)

:: JUBAH + SERBAN + KAIN PELIKAT + BAJU MELAYU +KOPIAH~~♥ ::

DOA



Thursday, October 27, 2011

Love Her..




EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:


"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."


---------------------------------------

“Ya tuhanku, aku tdk meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tdk sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu, seorang ikhwan yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwan yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk mmbuat hidupnya menjadi sempurna"

::KERNA KAU MAHA SEMPURNA::


---------------------------------------

Wednesday, October 26, 2011

Teladan : Sultan Rendah Diri




TUMPAT- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihandan alam sekitar.Baginda yang mengenakan baju T,seluar track serta bertopi kelihatan selesa bersama lebih 1000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama hampir 2jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis yang bermula pada jam 10.30pagi di dadakan disitu kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong."Beta dapati masjid tidak dibersihkan,tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman," titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan dengan matlamat merapatkan hubungan mesra antara institusi diraja dengan rakyat jelata.


إِنَّ التَّوَاضُعَ مِنْ خِصَالِ الْمُتَّقِي * وَبِهِ التَّقِيُّ إِلىَ الْمَعَـالِي يَرْتَقِي

Sesungguhnya rendah hati adalah salah satu ciri orang yang bertakwa
Dengannya, orang yang bertakwa mencapai derajat kemuliaan

-----------------------

Bukan mengagungkan makhlukNya, tetapi kagum di atas kerendahan hati yang dimiliknya pada zaman yang serba moden dan melalaikan ini lebih2 lagi la beliau adalah seorang pemimpin..Subhanallah.. Maha Suci Allah yang memberikan sifat rendah diri kepada orang2 yang dikehendakiNya...

::TARBIAH DIRI::

Love Call..



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

PERBUALAN DI TELEFON:

------------------------

ana : assalammualaikum..

adik : waalaikumussalam...ada ape??

ana: call balik! hihi..(off hp)

xsampai 2mt kmudian...

trut2.. ^_^

adik ana : CALL BALIK! (oleh kerana geram dgn ana..hihi..)

sama2 gelak..(hihi..)

adik : aik..ko call just nk ckp "call balik" jek ek? pandai....

ana: hihi..memang la..em..nk cakap gan mak..

adik : la..cakap la..aku pon memang xnk ckp gan ko...(aish..sabo2..)

pass kt mak...

ana : assalammualaikum..(suara ceria dan gembira..hihi)

mak : waalaikumussalam..

ana: mak sihat x?

mak : em..x sihat..baru baik demam..

ana : berapa ari demam?

mak : 2 ari jek..

ana: 2 ari jek (jek 2 yg xtahan 2..) ?? em..jgn buat keje apa2..semua suruh adik jek buat..kalau dah baik pon,konon2 buat2 demam tau..biar dia jek buat semua..

mak : hehe (mak gelak sikit2 jek... sbb mak mmg jrg gelak kuat ) dgn berkata : mana boleh konon2 demam..hihi..

ana : ala..boleh jek..janji jgn buat keje deh..

mak : mak xbuat keje pon..ni semua abah n adik buat..

ana : oh..bagus2..

then ana cite la psl rutin hari ni..buat ape,keadaan cmne..then,bla bla bla3 dan bla4...

huhu..

--------------------------


ALHAMDULILLAH...NIKMAT ALLAH PINJAMKAN...




Semoga keluarga ana yang jauh nun di sana sentiasa dalam keredhaan dan rahmat dari Allah...ana titipkan kerinduan ana kepada Allah SWT...al-Fatihah...

HARGAI CINTA YANG ALLAH PINJAMKAN

Tuesday, October 25, 2011

Ayat Kursi



Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, Insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

-----------------

Dari Ubai bin Ka'ab ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah dalam Al Qur'an yang paling agung menurutmu?" Aku menjawab, "Allahu laailaaha illa huwalhayyul qoyyuum (ayat kursi)",
Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda, "Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu wahai Abu Munzir."

(Diriwayatkan oleh Muslim)



::RENDAHNYA IMANKU KERNA TIADA PENGHAYATAN...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM..::

Lelaki...




♥~ LELAKI..

Di Sebalik Kerasnya Lelaki, Mereka juga Menangis Tetapi Air Matanya Jarang Mengalir ~

♥~ LELAKI..

DI Luar Semuanya Terkawal, Bkn Krn EGO Ttpi Menangis Bg Lelaki Adalah Tlalu Pribadi, Sbb Lelaki Perlukan Ruang Utk Bsendirian, Menangis tanpa D Perhatikn ~...

♥~ LELAKI..

Sekeras2nya Lelaki pasti Mengalirkn Air Mata Tatkala Rindu Mencengkam JIwa Insan Yg D sygi Pergi Bt Selama2nya ~


TANGISAN 'LELAKI SEJATI' ADA KEKUATAN TERSEMBUNYI YG LUARBIASA..
(^___^)

Sebaik2 tangisan ialah tangisan mengingati mati dan tangisan taubat...


::JANGAN DITANGISI TERLALU LAMA PEMERGIANKU,TETAPI TANGISI DIRIMU YANG JUGA AKAN MENEMPUHI AJAL SEBAGAIMANA DIRIKU YANG PERGI MENEMUI DIA,TUHAN YANG SATU::

Monday, October 24, 2011

Pengajian Pondok 1

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

ana akan kongsikan serba sedikit ilmu yang ana dapat daripada Pengajian Pondok aritu oleh Ustaz Dusuki..dalam kesempatan yang ada yang Allah berikan,ana kena kuatkan juga diri untuk terus sebar2kan ilmu yang ada...




Sabda Rasulullah SAW:

"aku diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak manusia"




Ciri- ciri Akhlak Yang Baik


1~✿ Warak dari melakukan perkara yang shubhah



~Shubhah merupakan sesuatu perkara yang ditengah2 antara halal dan haram..benda yg kita x kompem sama ada ianya halal atau haram..
~contohnya: Cara berpakaian, kesahihan (halalnya) sumber makanan, dan lain2..

Rasulullah bersabda:
"sesiapa yang terlibat dengan perkara yang shubhah, lambat laun dia akan terjatuh juga kepada perkara haram."


2~✿Jaga Mata



~menjaga pandangan dari melihat sesuatu yang maksiat.
~kalau pandang isteri/suami xpe sebab mendapat pahala.
~kalau dah bertunang juga boleh memandang tunang untuk meningkatkan keinginan untuk mempercepatkan perkahwinan..yang belum ada apa2 ikatan,jangan curi2 pandang.
~jangan berdiri di hadapan pintu ketika memberi salam di rumah orang untuk mengelakkan tuan rumah buka,ternampak kita,n untuk elakkan tetamu (kita yg dtg ni) nampak keadaan di dalam umah..dan jangan masuk andai x d jemput..dan berlapang dada untuk pergi dari rumah tersebut.

Firman Allah"
"Tundukkanlah pandangan kamu,maka terjaga kemaluanmu"


"pandangan mata adalah satu daripada panahan syaitan"


3~✿ Jaga Lidah



~setiap hari berniat "Wahai lidah,berkata benarlah untuk hari ini"
~jangan berkata sesuatu yang sia2.
~jangan mengumpat atau mengeji.
~jaga adab berkata-kata.

"tidak akan lurus seseorang kalau hatinya tidak lurus,
tidak akan lurus agamanya,kalau hatinya tidak lurus,
tidak akan lurus hati seseorang,kalau belum lurus lidahnya."


4~✿Pemalu



~tetapi perlu bertempat.(kalau ajak buat benda baik pon malu nak buat 2 berat la)
~"malu Rasulullah lebih malu berbanding anak dara sehingga merah mukanya"

5~✿Lemah Lembut dan Sabar dalam Hidup



~sabar dengan dugaan.
~orang yang paling hebat diuji adalah Rasulullah dan Nabi Ibrahim.
~Dugaan Rasulullah sehingga Rasulullah terdiam adalah ketika baginda teringat akan arwah ibunya.lalu baginda meminta izin kepada Allah untuk menziarahi makam ibunya. setelah 3x baginda meminta,lalu Allah izinkan..Rasulullah menangis teresak2 kerana rindunya terhadap arwah ibunya...
~jadilah manusia yang sentiasa tenang ketika dilanda musibah atau dugaan.

6~✿ Benar & Jujur



~berkata benarlah walaupun pahit.
~jujur dalam menepati janji.
~jangan memuji seseorang kalau ianya tidak benar (pujian yang bohong,maka berdosa)
~bila ada yang memuji,ingatlah..."ALLAH PINJAMKAN"

7~✿Buruk sangka



~elakkan buruk sangka terhadap orang lain.
~sentiasa bersangka baik


8~✿ Pemurah




~bersedekah
~sabda Rasulullah : wahai perempuan, banyakkanlah bersedekah"
~wanita disuruh memperbanyakkn bersedekah bagi menggantikan 2 kelemahan yang terdapat pd wanita iaitu:



◕ 1~Allah kurangkan akalnya.
# kurang akal di sini merujuk kepada orang perempuan ni,boleh membuat keputusan,tetapi ada percampuran di situ.maksudnya mungkin sesuatu keptusan diambil mengikut emosi..sebab itu kuasa cerai x diletak pd permpuan,kalau x,1 ari,10x cerai..hihi..

◕ 2~ Lemahnya agamanya.
#ketika keuzuran.

----------------

maaf yek..ana ringkas2kan sahaja..andai ada kekurangan,boleh la tambah2 apa yang patut..sama2 mendapat manfaat..assalammualaikum w.b.t..


::TARBIAH::

Tarbiah : Adab Bangkit dari Tidur

1. menyapu tangan ke muka (hadis Nabi saw yang bermaksud: "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya."(Riwayat Muslim)



2. berdoa : (Huzaifah meriwayatkan: "dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa: 'segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan. "(riwayat al-tarmizi)



3. bersugi (membersihkan gigi) : dalam sebuah hadith (yang bermaksud) ada menyebut : "apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (muttafaq 'alaih)



4. membasuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur."(mutaffaq 'alaih)



5. beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung) : Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : "apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (riwayat al-Bukhari



(sumber: majalah solusi isu no.36)

-------------------

Yang dicinta kan pergi,
Yang didamba kan hilang,
Hidup kan terus berjalan,
Meski penuh dengan tangisan...


:: Ya Allah, dosaku terlalu banyak, kerana Kau menginginkan aku bertaubat, maka dengan kehendakMu aku masih bernafas ::

Saturday, October 22, 2011

Ya Robbama



يـَـا رَ بَّ مَـكَّــة َ وَ الــصَّـــفَـا بِـمُـحَــــمَّـدٍ
اِغْــفِـرْ لَـــنَـا يـَا سَــا مِــعًـا لِــدُعَـانَـا
Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad,
Ampuni dosa kami Wahai Yang Maha Mendengar do’a kami.


اُ كْـــتُمْ هَـــوَ انَ اِنْ أَرَ دْ تَ رِ ضَـــانَ
وَ احْــذَرْ تُـــبِـيْــحُ بــِسِرِّ نَـا لِـسِـوَ انَـا
Sembunyikanlah Kecintaan kepada kami apabila engkau menginginkan restu kami (para wali Allah),
Dan jagalah agar kau tak sesumbarkan apa-apa yang kau ketahui dari Kemuliaan kami.


وَ اخْــضَـعْ لَــنـَـا إِنْ كُـــنـْتَ رَ اجِــيَ وَ صْــلِــنـَـا
وَ اتْـرُ كْ مُـنــَـاكَ إِنْ أَرَ دْ تَ مُـنـَـانَـا
Tunduk dan panutlah kami apabila kau menginginkan bergabung dengan kami,
Dan tinggalkanlah cita-cita kosongmu apabila engkau menginginkan apa yang kami cita-citakan.


وَ اجْـــعَـلْ وُ قُــوْ فَــكَ مَــا بـَــقـِـــيْتَ بِــبَـابِــــنَـا
فَـــلَـــعَــلَّ اَنْ تـُحْــظَـى بـِـــنَـا وَ تَـرَ انَـا
Dan jadikanlah sisa usiamu kini untuk berada di pintu-pintu kami,
Maka semoga engkau akan mendapatkan anugerah dengan kedekatan kepada kami.


أَ وَ مـَــا عَـــلِــمْـتَ بِـأَ نَّـــنـَـا أَهْـــلُ الْـــوَ فَـــا
وَ مـُـحِــبــُّــــنَـا مَــا ذَ الَ تـَـحْــــتَ لِـــوَ انَــا
Apakah kalian tidak mengetahui, bahwa kami selalu bermurah hati,
Dan semua yang mencintai kami akan selalu di bawah panji kami.


فَـــإِ ذَا قَـــضَـيْتَ حُــقُــوْ قَـــنَـا يـَـا مُــدَّ عِــى
عَـــا يـَــنـْــتــَــــنَـا فِـى الْـكَــا ئــِــنـَـاتِ عِـيـَـانَـا
Apabila kalian jalankan permintaan kami ini, wahai yang menginginkan kemuliaan kami,
Maka kalian pasti melihat di semua alam akan keluhuran dan kebesaran kami dengan jelas.
نــَحْــنُ الْــكِـــرَ امُ فَـــمَــنْ أَتــَانَـا قَــاصِـــدً
نَــالَ الــسَّـــعَـادَ ةَ عِـنـْدَ مـَـا يـَــلْــقَــانَـا
Kami adalah kaum dermawan, maka barangsiapa yang datang kepada kami dengan suatu kebutuhan,
Maka ia akan mendapatkan keinginannya dan kebahagiaan ketika ia menemui kami.


فَــانْـــهَــضْ بـِــعَـذِ مِ لا َ تـَـكُــوْ نُ مُــقَـــصِّـرً ا
وَ انْــظُـرْ تـَـرَ ى الْـعُـــشَّـاقَ حَــوْلَ حِـمَـانَـا
Maka bangkitlah dengan penuh semangat, dan janganlah bermalas-malasan,
Lihatlah orang-orang yang mencintai dan merindukan kami, terayomi di dalam benteng-benteng kami.


مُـسْــتَــبْـشِـرِ يـْنَ بِـــنَــيْـلِ مَـا قَــدْ أَ مَّــلــُــوْا
فَــرِ حِــــيـْنَ مُـذْ نَــظَـرُ و ا الْـجَـــمَـالَ عِـــيَـانَـا
Mereka mendapat kebahagiaan dengan datangnya kabar gembira,
bahwa mereka diberi segala yang mereka dambakan,
Mereka dilimpahi kegembiraan sejak mereka memperdulikan keindahan yang sejelas-jelasnya (Muhammad SAW).

هَـامُــوْ ا بِــعِـشْــقَــتِــهِـمْ سُــــكَـارَ ى عِــنْـدَ مَــا
كُــشِـفَ الْـحِــجَــابَ وَ شَـاهَــدُوا مَـغْــنَـانَـا
Maka pusatkanlah perhatianmu bersama apa yang menyibukkan mereka,
dan dengan apa-apa yang mereka rindukan,
Ketahuilah bahwa mereka itu telah terbuka baginya hijab ma’rifah dan mereka telah menyaksikan kemuliaan kami.

فَـهُـــمُ الْــمُرَ ادُ وَ لاَ يــُرَ ادُ سِـــــوَ ا هُـمُ
فَــالْـــقَــلْــبُ مُـشْـــتَـغِـلٌ بـِـــهِمْ وَ لْــهَــانَـا
Maka mereka adalah yang paling pantas untuk dituju, dan tiada lagi yang pantas dituju selain mereka,
Dan hati yang sibuk dengan selain urusan mereka, adalah hati yang pasti terpenuhi kebingungan.

كَرِّ رْ لـِـسَــمْـعِـى ذِ كْـرَ ا هُمْ وَ حَــدِ يــْـثَــهُمْ
تـَــعْـمَـلُ مَــعِـى بِــحَـــيـَـا تِـــهِـمْ إِحْـسَـــانَـا
Maka ulang-ulanglah untuk selalu memenuhi pendengaranmu dengan mereka dan perkataan mereka,
Dan sibuklah dengan beramal baik bersama-sama dalam kehidupan mereka.

يـَـا رَ بَّ مَــكَّـــةَ وَ الــصَّـــفَـا بـِمُـحَـــمَّـدٍ
اِ غْــفِـرْ لَــنـَـا يـَـا سَــا مِـعـًـا لِــدُ عَـانَـا
Maka Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad,
Ampuni dosa kami wahai yang selalu mendengar do’a kami.

ثــُــمَّ الــصَّـــــلا َةُ عَــلَـى الــنَّـــبِـى وَ آلــِــهِ
مَــا حَــرَّ كَـــتْ رِ يـْـــحُ الـصَّــبـَـا أ َغْــصَـانَـا
Lalu limpahan Shalawat atas Nabi dan Keluarganya,
Sebanyak hembusan angin di pagi hari.



Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak upload video ni..lama nk upload,tp x berkesempatan...sgt2 seronok dan x trgambar melalui pengucapan perasaan yg ada ketika saat itu...Alhamdulillah...dapat bersama2 berqasidah bersama2 sahabat2 upsi di surau al-falah..mencari waktu utk sama2 berqasidah...Insya'Allah...dgn izin Allah..

Sunnah vs Bid'ah

Bismillahirrahmannirrahim..



"Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan"
Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..


Assalammualaikum w.b.t kepada semua sahabat2 ana..

sekadar perkongsian sedikit mengenai Sunnah dan Bid'ah...



Sunnah:


Menurut ahli al-Hadith, sunnah ialah segala yang bersumber dari Nabi Muhammad SAW sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, taqrir, sifat fizikalnya dan akhlaknya sama ada sebelum dan sesudah diangkat menjadi Rasul.

akan tetapi, tidak semua yang Rasulullah buat itu adalah sunnah yang dituntut. sebagai contoh, sunnah yang dituntut adalah seperti makan dengan tangan kanan, manakala yang tidak dituntut,tetapi dilakukan kerana kecintaannya kepada Rasulullah pula adalah seperti membela janggut. Seandainya dilakukan, maka ianya merupakan sesuatu yang sangat2 lah baik..sepertimana menurut al-Qadrawi:


"Jika seseorang yang berusaha seboleh mungkin mencontohi seluruh perilaku Rasulullah SAW hingga pada masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan tuntutan agama kerana dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah SAW, ia juga sesuatu tindakan yang terpuji, meskipun hal itu tidak dianjurkan oleh agama."





Bid'ah:


Sesuatu yang diada-adakan oleh manusia sama ada berupa ucapan atau perbuatan dalam masalah agama dan rukun- rukunnya yang tidak diambil dari Rasulullah SAW dan para sahabat.

baiklah,Bid'ah ini pula merupakan sesuatu yang Rsulullah dan para sahabat xpernah lakukan ketika dahulu. Akan tetapi, tidak semua bida'ah itu adalah salah..

sebagai contoh:
penulisan dan pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf yg dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang diusulkan oleh Khalifah Umar r.a.

Rasulullah tidak pernah menulis serta mengumpulakn al-Quran.Tetapi memelihara Al-Quran itu merupakan kewajiban.Jadi,ianya bukanlah sesuatu yang bid'ah..

bida'ah yang salah pula adalah seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak ada di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti Zakat Keluarga, Zakat Kesihatan, Solat2 yang dicipta sendiri,majlis perkahwinan yang melebih2 menyerupai kaum yang lain dan sebaginya.

baiklah..kalau nak lebih nampak lagi,contoh bid'ah yang tidak menjadi suatu kesalahan atau bid'ah yang baik adalah seperti sekarang ni, kita dapat lihat menerusi pembinaan sekolah (Rasulullah xpernah mendirikan sekolah,tetapi ilmu dikembangkan di masjid2 dan umah sahabat Nabi), menyusun ilmu Bahasa Arab dan lain-lain..




dan kalau nak diikutkn,memang ada banyak jenis bid'ah seperti bid'ah hasanah(bid'ah yang baik), bid'ah sayyidah (bid'ah yang buruk. selain itu menurut Izza al-Din ibn Abd al-Salam pula ada 5 jenis bid'ah iaitu bid'ah wajibah(bid'ah yang wajib dilakukan), bid'ah mustahabbah(bid'ah yang dianjurkan utk dilakukan), bid'ah makruhah (bid'ah yang makruh dilakukan), bid'ah muharramah (bid'ah yg haram dilakukan dan bid'ah mubahah(bid'ah yg boleh dilakukan)..


akan tetapi,apa yang penting dalam masalah beribadat, harus melengkapi 2 hal iaitu:

-Niat semata2 kerana Allah
-mutaba'ah iaitu beribadat dengan mengikut cara yang diajar oleh Al-Quran dan Rasulullah SAW.

wallahua'lam bissawab..

*Alhamdulillah..sgt seronok masuk kelas Pemikiran Islam..Ustaz pon asik kenakan ana jek dlm kelas..pernah ustaz melihat ana dgn berkata "zaman Rasulullah xde air dutch lady, adakah itu bid'ah??" ^_^

ustaz memiliki janggut yang nipis,kerana kecintaannya kepada Rasulullah..tenang melihatnya, indah mendengar kata2 ilmu darinya...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ibrahim di atas kesudiannya menerima ana sebagai pelajarnya, walaupun secara "haram"..huhu.. ^_^

::Alhamdulillah Ya Allah::

Rindu Nak Memasak =(

Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t...

sihat x semua sahabat2 ana ni? Insya'Allah..mudah2an kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah..

em..duk borak2 dengan cik Q..sahabat ana 2 ajak ana ke pasar pagi ni..tapi memandangkan muatan terhad,jadi xdpt la nak g..(baru ingt nk memasak DAGING MASAK BLACK PAPER arini, sbb mmg lama sgt x memasak)..tp xpela..lom smpai masa kot nak memasak..tggu line clear..huhu..n tadi dok search kat syeikh google nu..tup2 ternampak la gambar makanan yg biasa sgt ana buat...huhu..tambah2 la keinginan nk memasak...

hihi..entry kali ni mmg agak merapu sikit,tp sekadar mengingatkan diri akan kekurangan yang perlu diperbaiki...

em..teringat pulak kenangan2 bersama adik2 ana di umah..dieorg mmg suka request mknan utk d masak..ana ni mmg jenis yg suka memasak..jadi,dengan senang hati la ana duk carik resepi yg sedap2 nak menjamu family ana ni..em..rindunyer... =(



Insya'Allah..sebelum datangnya takdir yang mempertemukan aku dengan dirimu, akanku persiapkan diriku dengan kecintaan dan kasih sayang berkat hadiah dari Tuhan Yang Esa yang dititipkan buatku...


Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377)

Friday, October 21, 2011

TIPS PERKAHWINAN



TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan


Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya,
yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan
sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
(Riwayat Muslim)

Impian :anak yang soleh/solehah









"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku (seorang anak yang soleh) dalam kalangan orang- orang yang soleh" (Surah al-Soffat:100)

Adab menyikat Rambut




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

# sebenarnya,ana dah share benda ni d Facebook,tp sekadar berkongsi kepada rakan2 yang tiada FB..^_^

sama2 beramal..

as salam..

Wednesday, October 19, 2011

ciri-ciru suami soleh..hihi..


(bagus suami ini kan ^_^ )

1.Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4.Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7.Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9.Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14.Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18.Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

*ni antaranya,next time ana bubuh ciri-ciri isteri solehah pulak yek..

Bonggol Jalan ok lg,Bonggol unta??

Bismillahirrahmannirrahim...ana mulai coretan ana dengan kalimah Agung membesarkanNya...

Assalammualaikum w.b.t...

Pernah mendengar atau membaca hadith ini??

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis& ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” – hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-




Baiklah...zaman skang ni,fesyen itu macam2...tetapi,pernah x ada orang yang mengakaji terlebih dahulu fesyen tersebut sebelum memakainya? asal cantik jek msti nk try kn?? fikir balik deh...

secara jujurnya, fesyen "bonggol unta" ni mmg dah menular la kat negara kita ni..em..xpyh g jauh sgt la..kalau kt upsi ni melambak2 "unta".. erk...(maaf yek.."tertaip"..hihi..



dari dulu ana terfikir, dieorg xrimas ke pasang sanggul tinggi2?? cmne dieorg nak sandar kalau duduk dlm bus ke kereta ke??(huhu..mcm2 persoalan kn..)

em..ntah la...ana heran kenapa mereka2 ini seringkali memekakan telinga, membutakan mata dari melihat artikel2 mcm ni...ana yakin dan pasti mereka tahu pasal tegahan sebegini,tetapi..2 la..duk buat jugak...bila la nk wt "road-block" ke "spot-check" utk bab2 aurat ni?? ada sape2 nak buat x?huhu..cadangan ni..hihi..

em..mesti unta pon tensen kn asik2 "bonggol unta" jugak disebut2..hihi..



cian kat unta,bonggolnya yg asli digunapakai utk fesyen2 masa kini...

k la..semua yg bukak blog ni mesti pandai membaca dan menilai kn?? bila baca,ana nasihatkan supaya terapkan di dalam ati..bagi yg terasa ati,ana memohon maaf...tiada niat utk menghina atau memburuk2kan kalian..tetapi ingatlah:

"sukai apa yang Allah sukai, dan bencilah apa yang Allah benci"

wallahua'lam bissawab..

assalammualaikum w.b.t...

Tuesday, October 18, 2011

aurat lagi dan lagi..



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t

jam menunjukkan jam 4.35pagi..Alhamdulillah diberi kesempatan utk mencoret beberapa ketika...

erm..tibe2 ana teringt sedikit peristiwa yg berlaku di dlm kelas ana td...

terlihat susuk tubuh wanita yang sangat cantik, mencairkan ati setiap lelaki yg melihatnya...dan terlalu jujur ana meluah:

"sekali tgk jek kwn2"

Allah..awalnya,mmg ana juga menyatakan dia begitu cantik dgn pakaiannya...lalu tersedar dari dunia dgn penyataan seorang akhi:

"cantik? hem..2 membungkus aurat namanya!" lantang dia bersuara smbil membuat gaya ala2 ustaz maulana..huhu..

Baiklah..perhatikan hadith ini:

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)

maka dengan itu,sukai apa yang Allah sukai,dan bencilah sesuatu yang dibenci oleh Allah...

selalu sgt memerhatikan orang di sekeliling..melihat pakaian mereka..cara mereka berfesyen..kadang2, ana sendiri tertunduk malu melihat mereka2...andai mampu ditegur dgn perkataan,ana cuba,tetapi dgn perkataan yg yela...agak berselindung..tetapi,selemah2nya adalah dgn hati...semoga Allah membukakan pintu hati kalian...

ha..ada banyak sebenarnya cara bertudung skarang ni yang kelihatannya melebih2..bertabarruj melampau2..ada yang bubuh bunga kat kepala,ada yang buat sanggul tinggi sangat mcm bangunan sekolah,ada yang ada rambu2...fesyen ala2 ana tajima, mcm paderi pon ade tau..nk tgk?



em..benda ni sebenarnya dh tersebar banyak sgt kt internet...tp agak2 kenapa mereka2 ini masih pakai jugak?? tidakkah mereka tahu bahawa:

Dari Ibnu Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari kaum itu." (HR Abu Daud dan Ibnu Hibbab menshahihkannya)

erm..biasala..bila diri dikuasai oleh dunia,maka tenggelamlah mereka bersama bahtera hiburan dan kelalaian...secara jujur,ana bukanlah seorang yang ckup sempurna, tetapi inilah gunanya saling tegur menegur..ianya bukan sahaja memberi peringatan buat orang lain,malah juga kepada diri kita sendiri..wallahua'lam bissawab...

bagi sahabat2 ana...sedarlah..bukan kalian tidak cantik..malah jauh lebih cantik seandainya aurat itu sempurna terjaga...



::renung2kan dan selamat beramal::

Habib Ali- Nikah, Tunang, Kahwin



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..

video ini diberikan kpd ana oleh seorang sahabat yg nak sgt tgk ana ni bersuami..eceh.. bagus impian mereka 2..Insya'Allah..semoga termakbul la.. ^_^



:: Ya Allah, seandainya Adam itu dihadirkan buatku di dunia, Kau permudahkanlah urusan jodoh kami, kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah yang mengagungkan agamaMu dan jadikanlah aku Ratu dalam kalangan bidadarinya di syurga...Amin ::