i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Thursday, July 28, 2011

KISAH : AHLI HIKMAH DIDATANGI AHLI MAKSIAT


Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi’ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar dia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.

Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya!”
Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, “Jika kau mampu melaksanakan

lima syarat yang ku sarankan, aku tidak keberatan kalau kau nak berbuat dosa.”



Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar Jahdar balik bertanya, “Apa saja syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?

”“Syarat pertama, jika engkau melaksanakan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan rezeki Allah,” ucap Ibrahim.

Jahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata, “Kemudian, aku hendak mencari makanan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?”

“Benar,” jawab Ibrahim dengan tegas.

“Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezekiNya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahNya?”

“Baiklah,” jawab Jahdar tampak menyerah.

“Kemudian apa syarat yang kedua?”


“Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumiNya,” kata Ibrahim lebih tegas lagi.


Syarat kedua membuat Jahdar lebih kaget lagi. “Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?

“Benar wahai, hamba Allah. Karena itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sementara kau terus berbuat maksiat?”
tanya Ibrahim.

“Kau benar, Aba Ishak,” ucap Jahdar kemudian.“Lalu apa syarat ketiga?”
tanya Jahdar dengan penasaran.

“Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat bersembunyi dariNya.”

Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. “Ya Aba Ishak, nasihat macam apa semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezekiNya, tinggal di bumiNya, dan terus melakukan maksiat kepadaNya, perlukah engkau melakukan semua itu?”
tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terkesima.

Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi’ah tidak berkutik dan membenarkannya. “Baiklah, ya Aba Ishak,

lalu katakan sekarang apa syarat keempat?”

“Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mau mati sebelum bertaubat dan melakukan amal shaleh.”

Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, “Tidak mungkin… Tidak mungkin semua itu aku lakukan.”

“Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”

Tanpa banyak komen lagi,

Dia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.

“Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau bersedia ikut dengannya dan menjauhlah!”


Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal ia berkata,

“Cukup… Cukup, ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”


Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu’.

-----------------------------

Alhamdulillah,dgn kisah teladan ini,Allah memberikan ana ilham utk mnjawab pertanyaan pelajar ana (di entry sebelumnya..) utk peringatan juga kpd ana...sama2 mncari jalan keredhaan Allah...wallahua'lam...

Cikgu! nak buat maksiat sangat ni!!


assalammualaikum w.b.t...(^_^)
mabrur2~Alhamdulillah syukur d beri kesempatan nk tulis entry baru..
erm..arini,ana xde kelas sebab kelas ana utk arini mngikut jadual adalah pd jam 1.05ptg d kls ting.6..tetapi memandangkan my student exam,so..xdpt la msuk kelas..(ni la seksanya kelas ujung2..selalu xdpt msuk ngajo..huhu)

oh yek~semalam ana masuk relief 3Topaz..menjadi sesuatu kebiasaan,ana akan bercerita mngenai hal agama dlm kelas ana..dan topik kelmarin yg ana kongsikn adalah mengenai "Padang Mahsyar"..

1st masuk jek kelas 2 sgt bising..dahsyat2..huhu..tp Alhamdulillah la bila ana lontarkan vokal ana ni,semua nk dgr...kemudian ana bercerita la dan ada la sedikit nasihat supaya kita semua ni JAUHI ZINA~..lalu...sebelum ana keluar kelas 2 ada la ramai student berjumpa dgn ana bertanya byk soalan..tp ada 1 soalan yg menarik ati ana iaitu...jeng3....

cikgu! kalau xtahan nak buat maksiat sangat2 mcm mana cikgu??


ana senyum jek tgk pelajar 2 (yela..nk jwb soalan pljar ni kne betul2 fikir..dptkn ilham dr Allah..lalu teringt kisah ahli hikmah yg didatangi seorng yg suka membuat maksiat (ingt x cerita 2??)

ana pon menjawab soalan pelajar ana 2 :

ana: oh...boleh jek kalau xtahan sgt nk buat maksiat..dibenarkan..tapi ada syarat la...

pelajar : apa syaratnya cikgu??

ana: carik bumi selain bumi Allah dan carik udara yg awk nk sedut ini yg mana bukan kepunyaan Allah...

pelajar: eh!! mcm mne 2 cikgu?kn semua ni milik Allah (smbil mnggaru2kn kepalanya yg mungkin gatal kot..huhu)

ana: jadi?? (senyum sambil mendengar kawan pelajar 2 menegurnya dgn kata2nya "DAH 2?NK BUAT MAKSIAT JUGAK KE??APELA KO NI..."

-------------------------------------

erm..utk cerita berkenaan ahli hikmah dan org yg suka mmbuat mksiat 2,ana akan lanjutkn pd entry seterusnya..sekian shja utk entry kali ni~as salam semua..(^_^)

Tuesday, July 26, 2011

AURAT LAGI??

as salam...
ayat biasa~ (apa khabar iman??)..mudah2an semuanya baik sahaja..
Alhamdulillah kerana ana mampu menaip kembali..
agak sukar sebenarnya,tetapi xpe..ana ok sahaja..Alhamdulillah..dugaan kecil...(^_^)

erm..aritu,ana ade dengar kat masjid kat kampung ana ni mengenai aurat...
ade seorg pakcik itu bertanya:
"ustaz,kalau perempuan duk kat umah,auratnya mcm mne ustaz?kalau org dtg umah cmne?xkn nk tutup smua cm biasa?"
sedang ana melipat kain,dlm ati ana "jwb ustaz jgn xjwb..hehe..."
lalu ustaz pon menjawab....(nanti ana jelaskan yek..)

dan one day,burung2 pon berkicauan...hihi...
student ana pon bertanya soalan yg sama dgn ana mcm pakcik2 td 2 tye...
Alhamdulillah la ana dh dpt skema jwpnnye...sbb Allah bg peluang dgr ceramah aritu..

maka..jawapannya sgt mudah~

xkira la sama ada d mana kita berada,aurat wnita itu tetap...hanya muka dan tapak tgn sahaja yg boleh dilihat oleh bukan muhrim..pakai tdung labuhkn melebihi dada..tidak terkecuali mana2 part..malah,stoking pon kne pakai...


ha..mudah kn jwpnnya??tp nk buat susah yek??erm..kne tekad dan istiqamah yek sahabat2 ana sekalian..ana yakin semua boleh buat!! chaiyokk!! demi Allah...ALLAHUAKBAR!! (^_^)

Monday, July 25, 2011

Albi Nadak (Seruan Hatiku)

video


Seruan Hatiku..

Ya Rabbi..
CintaMu adalah hayatku...
Ya Rabbi..
CintaMu adalah hidup dan matiku...
Ya Rabbi...
CintaMu adalah segalanya bagiku....

Ya Rabbi...
Sejauh mana hambaMu ini berjalan,berlari sekalipun...
aku selamanya adalah milikMu....
Duniaku adalah milikMu...
Lalu,siapakah aku???
hambaMu.....

Diri ini pernah seketika terjatuh ke dalam gaung yang sangat gelap,dalam yang amat Ya Rabb...
Lalu siapa yang menyelamatkanku??
Kau Ya Rabb...
Tiada Tuhan Yang Layak Disembah melainkanMu.....

Allahurabbi......
Ampunilah dosaku Ya Allah...
gugurkanlah dosa-dosaku dengan sakit Ya Allah...
Maka dengan apa ianya akan terhapus Ya Allah.....
HambaMu ini sungguh lemah dan hina.....
padaMu aku kembali....

Hatiku di sini....MILIKMU......

(bait lagu ini sgt indah...(lirik ada sekali dlm video)..tetapi syg nya..ianya ditujukn utk seseorang yg disayangi...pada ana,biarlah ianya ditujukan kpd Allah..kerana dengan mencintai Allah kan menjanjikan cinta kepada makhlukNya....)

Saturday, July 23, 2011

SABAR....

Manusia itu telah diberikan Allah sebegitu banyak nikmat..kadang-kadang manusia itu terleka dan mensia-siakn nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka..

Bila Allah uji sedikit hati dengan sekelumit sakit,kadang-kadang kita mengeluh.."Ya Allah,kenapa Kau uji aku sebegini berat Ya Allah...
walhal..seandainya kita sedar dan tahu,dugaan para Nabi dan Rasul itu lebih berat seandainya hendak dibandingkan dengan dugaan kita yg sgt sedikit..

Tidak akan pernah ada seorang pun tahu apakah rencana yg telah ditetapkan oleh ALLAH terhadap hidup mereka..Namun FITRAH manusia itu adalah menghambakan diri dan beribadat kepada ALLAH..seandainya sesuatu yang kalian benar2 inginkan tidak atau sedikit lewat dimakbulkan olehNya,jgn pernah gusar..ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG2 YANG SABAR.....

Seandainya airmata yang mengalir ini ku hemburkan sebegitu sahaja tanpa adanya pengharapan dan doa kepada Allah,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sangat rugi.....

as salam....

kalah dan MENANG~



as salam w.b.t semua...
syukran2~sbb baca entry baru ana yg x seberapa ni..hihi..

arini SINGAPORE lwn MALAYSIA BOLA SEPAK..ana dengar2 5-3..tp WALLAHUA'LAM la..ana xberapa suka sgt tgk bola,tp tunggu org tgk bola 2 sudah mnjadi kebiasaan..yela,hobi org ni xleh nk d tegah..dh mcm virus..kalau kt umh ni mmg ramai duk dpn tv ni,semua dh kena paksa ngadap bola..tp ana steady jek..huhu..duk bilik its better 4 me dr tgk bola n terjebak utk mnjerit prkataan "GOLLL!!"...fuhh xsakit tekak ek??huhu...lbih baik takbir la kn..molek sikit dey~ALLAHUAKBAR byk2 dpt pahala kn..(^_^)

tp ada lg 1 berita yg MENGGEMBIRAKAN!! yeyeh!! MALAYSIA MENANG (^_^)
MENANG GAPO NI????

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA~SUBHANALLAH...(^_^)
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!! TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!! (^_^)

Ni adalah keputusan rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53:

Pemenang Qari:
Johan- 89.26 Amirahman Hj Abas Malaysia
Naib Johan- 88.67 Mohamad Saudi Gandisa Filipina
Ketiga- 87.88 Abdel Bast Mohamed Mesir

Pemenang Qariah:
Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan Malaysia
Naib Johan-88.30 Hajjah Noor Khalidah Kaspul Anwar Indonesia
Ketiga-86.17 Nur Azizah Bt Solichin Singapura

TAHNIAH2!! ALHAMDULILLAH~MABRURR2....

Friday, July 22, 2011

Kelebihan Surah Al-Taha..



al-Quran itu sememangnya memiliki hikmah seandainya diamalkan..bahkan menjadi teman dan saksi nanti..

Surah Taha adalah surah yang mana baik bagi menjadi pelembut untuk melembutkan hati yang keras terutamanya kepada ahli keluarga..jadi,bagi ahli-ahli keluarga yang keras hatinya,sukar untuk solat dan atau beribadat kepada Allah,eloklah amalkan surah ini.. bagi isteri atau ibu,bolehlah lakukan amalan membaca surah ini pada ubun2 suami/anak2 agar dilembutkan hatinya oleh Allah..Surah ini juga boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.

--------------------------------------------

Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

----------------------------------------

Subhanallah..maka,berusaha dan yakinlah dengan Allah...
ana pon nk amalkan utk anak2 buah ana ni supaya mereka membesar menjadi muslim/muslimah soleh/solehah nanti..Insya'Allah...

(sumber :http://www.resepirahsiaku.com)

Thursday, July 21, 2011

Nikmat Mengasihi kalian..

as salam ^_^
Alhamdulillah di atas nikmat dan kurniaNya..
erm..semasa ana menjaga aqeef dan arissa,byk benda yg bermain d minda ana..

ARISSA...



bila melihat teletah arissa yg sebegitu dan sebegini dari dia kecik sebersih dan sesuci manusia sehinggalah kini umurnya menjangkau 1thn lbih..aqeef pula baru jek beberapa bulan..kalau sehari balik skolah xcium aqeef mmg xboleh..rasa something "missing"..

balik rumah arini jek arissa dh kejar dh.."nak jajan! nk jajan!!" dgn tgnnya menadah seperti meminta sesuatu dgn nada pelatnya itu..comel..senyum jek kalau balik umh..penat pon leh hilang tgk teletah arissa..arissa amik kaki dan cabutkn stoking..(^_^) semoga arissa t besar pon tetap kekal dgn sifat mahmudah sebegini...rajin membantu...mudah2an...

bila nak solat maghrib,arissa akan berlari2 ke bilik air "mama!! nk amik air mayang!!" perkataan 2 la diulang2...ana akan amik arissa n amikkn wudhuk utk dia dahulu secara tertib...kemudian bila bersolat pula arissa akan ada di sisi..time rukuk,dia pon rukuk...begitulah...smpai ke doa,arissa akan duduk di riba dan berkata "aminnnn...." lalu mengusap tgn ke mukanya...suweet kn? dan menjadi tabiat kt umh ni,kami akan mngaji...begitu juga arissa...dia akan ambil buku yg tebal ala2 bentuk mcm al-Quran dan duduk bersila seakan2 membaca al-Quran..tp kalimah yg hnya terpancul dari mulutnya ketika kami membaca al-Quran adalah "amin..amin..."..mudah2an dia membesar menjadi muslimah solehah....Insya'Allah...

arissa juga dh bijak menjaga adiknya aqeef..tp..dia tidak memanggil aqeef dgn panggilan yg biasanya iaitu "aqeef"..namun sebaliknya...dia memanggil aqeef dgn panggilan "ammar" terkejut ana..mengingatkan ana kepada seseorg..begitulah seharian..(actually nama "ammar itu adalah nama seorng baby,anak kepada sahabat mama arissa)

arissa juga sgt pndai mnjaga adiknya aqeef..dia akan membuai adiknya bila adiknya menangis,dia akan letak tgn di bibir dan berkata "shhhhh...diam2...." (^_^) arissa pon pndai taw dodoikn adiknya...dia akan nynyi lagi Imam Muda-HambaMu 2..tp yg hanya jelas di bibrinya hanya perkataan "Allah...Allah..." dgn alunan lagu 2...tenang sgt tgk telatah kanak2 ni..nk marah,.tp msti x jd mrh...

AQEEF..




khalifah kecil yg Subhanallah...comel sgt...baru berusia 3bulan..tp dh pndai ketawa bila diagah..comel sgt..dia sgt suka tersenyum smpai pernah juga ada seorg kwn mama nya dtg ke umh..aqeef hnya senyum jek..seronok kakak 2 menggendong aqeef..

kalau d awl pagi,kami bersiap nk ke sekolah,aqeef awl2 lg dh celik mata..tp dia hnya diam jek kecuali dia lapar..sebelum g skolah,ana akan agah dia dulu smpai dia snyum n arissa bngun...then,baru la ana g sekolah..huhu..

balik jek skolah,mesti kne cium aqeef..kdg2 kne mrh dgn mak n mama aqeef sbb xbasuh muka dulu..(yela..dieorg kata tkut kita ni membawa "Sesuatu" dr luar"..tp ana ni jnis gigih kn..kalau dh geram tgk pipi tembam aqeef,mmg terus jek menyerang aqeef secara bertubi2..smpai arissa marah..hihi...

arini,sbb ana menaip entry ni juga disebabkn aqeef..sedang ana menggendong aqeef utk tidurkn dia..apa yg tersirat d ati dan minda ana hanyalah kalimah agung mensyukuri nikmatNya...Alhamdulillah....(^_^)

"Alhamdulillah..Allah beri nikmat utk menjaga/mendidik dan mengasihi kanak2 kecil...andaikan takdir hidup nanti,ana tidak berkesempatan menggendong dan memiliki anak..nikmat ini pon sudah memadai...Alhamdulillah...syukur kepada Allah..selagi ana mampu,ana akan jaga aqeef dan arissa sebaik mungkin..Insya'Allah..."

"Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih bersih perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang kukuh" (sumber:Indahnya Hidup Bersyariat,Dato' Ismail Kamus)

Tuesday, July 19, 2011

Ujian Hidup-Imam Muda

video


as salam..
pelik x ana asik post pasal lagu jek?
huhu..wallahua'lam..ana ni mmg suka menge"search"..
tiba2 masa tgk wall Imam Muda kt FB,ana terjumpa pulak lagu ni..
lagu baru Imam2 Muda..gabungan Imam Muda 1..
bila dengar 2...Allah..sayu jek ati..
maka,start la ana sedih...
bila sedih,ana mula terfikir mcm2 dan telah membuatkan seseorang berkecil ati dengan ana..
Allahurabbi...maaf sangat2..ana xterfikir terlalu jauh,tetapi mungkin kata2 ana memperlihatkan yang ana ni berfikir jauh sgt...
maaf...andai kata2 dan tindakan ana mengguris ati mana2 pihak..
ana hanyalah insan yang sangat lemah...
Insya'Allah ana akan perbaiki apa yang kurang...
maaf sekali lagi...
as salam....

oh Muslimah~

video

Subhanallah..ana rasa nak menangis bila dengar dan tgk video lagu ni....erm...sayu sgt....semoga Allah membimbingku...

di sini,ana letakkan lirik lagu ni yek...as salam...

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban


Berikut Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari ternya beliau ada di pekuburan baki sambil memandang kelangit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya kelangit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya sebilang bulu kambing dari pada kabilah bani Kalb.

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin.

SUMBER : AKU ISLAMhttp://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/#axzz1S79RTyzV

Thursday, July 14, 2011

Program Amali Haji Sekolah-sekolah Menengah Batu Pahat



Labbaika Allaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wan ni'mata laka wal mulka laa syariika laka..

as salam..(^_^) wahai kawan2 seangkatan di dunia..aritu ana ade bagitahu yang ana akan kongsi serba sedikit mengenai program haji yang ana pergi aritu kn?ha...sgt seronok...almaklum la..ana ni sgt lemah dari segi agamanya..ada byk kurangnya..jadi bila one day ade seorg ustaz ni jumpa ana

ustaz : azila! awk free x sabtu ni?
ana : free ustaz..ade apa?
ustaz : awk tlong la pergi program haji 2..di sekolah Medan..Naik bas.
ana : naik bas??amboii..jauh 2 nak g skolah medan naik bas..tambang sendiri ke?
ustaz : tergelak,tersengih tgk prgai cikgu sorg ni..
bukan pergi naik bas sendiri la cik kak..naik bas sekolah la..nanti bas ambil d skolah..
ana : ohw..lurusnya diriku ini..hihihi..

(^_~) hehe..begitu la alkisah permulaan d ajak..then ntah bgaimana ana telah mnjadi bhgian publisiti mngalahkan guru2 Pndidikan Islam yg lain..ustaz arahkan ana buat tag nama utk mutawif (guru bimbingan) dan pelajar utk ke program itu..Allah..cabaran2~ana xpernah buat tag nama selama duduk di UPSI..bila prkatikal ni diberi tugas utk buat..lagipon ana mmg byk trlibat dgn Panitia Pendidikan Islam..mungkin sbb atitute ke ape ke ana pon xtahu..yg pnting,Allah dah bagi ana jalan utk beribadat,maka gunakan peluang yg Allah bagi 2 sebaiknya..Alhamdulillah..segala pujian itu hanya bagi Allah...


(ni tag mutawif iaitu guru bimbingan)


(ini pula tag nama bagi pelajar)

semasa program amali haji ni,mmg sgt2 seronok bg org yg betol2 nk mndalami bhgian haji ni..mcm2 ana bljr n amik pgjrn dr situasi dan pglmn semasa program ni..yela..bila ade 1ribu pljar brkumpul d 1 tmpt,mmg program ni nk smua peserta ni mngalami situasi sebenar semasa mngerjakan haji..dgn berpakaian ihram..brtalbiyah sama2..mlkukan tawaf,saie,melontar..Subhanallah..rasa sayu sgt bila brkumpul d pdg sekolah yg d ibaratkn umpama kami d Padang Arafah..bila ustaz membaca khutbah..terasa sayu sgt..Allahurabbi...begitulah keadaan kita t di padang mahsyar..panas..berkumpul beramai2..tiada beza sedikit pon kita ni..semua d hisab secara adil..Allah...hanya padaMu menumpuan segala pengharapan....

dan..semasa program ni,Allah uji ana..selepas mngerjakan solat zuhur,ana letak la sarung tgn ana d sebelah..bila selesai solat,sebelah sarung tgn 2 hilang..Allahurabbi...mujur la ade jam..ana lilit jam 2 d luar lengan baju ana..mujur aurat 2 mampu ana jaga...Alhamdulillah..tapi bila last program...dgn kuasa Allah,ana dpt jumpa balik sarung tgn 2..ada hamba Allah yg letakkan sarung tgn 2 d pintu masjid..Alhamdulillah...

erm..baiklah..d bwh ini,ana akan letak beberapa gmbr utk kalian mmbuat rujukan..yela..mana la tahu ade sesiapa yg ingin mbuat program seperti ni kn...ana galakkan..dan tentu sekali hal2 yg baik akan d permudahkan oleh Allah..mudah2an..Insya'Allah...


(semasa d Padang Arafah a.k.a Padang Sekolah Seri Medan)


(Melontar di Jumratul Qubra)


(melakukan tawaf di replika Kaabah ini di hadapan Masjid Seri Medan)


(setelah selesai program..semua pelajar menukar pakaian dan bergambar)

hehe..seronok kn?Alhamdulillah..Allah berikan nikmat ilmu..ilmu Allah itu sungguh luas..Maka,carilah guru utk mendapatkan ilmu..jgn sesekali menuntut ilmu dgn kitab sahaja atau sumber2 yg kita tidak tahu kesahihannya..khuatir d akhirat t syaitan akan mengaku bahawa dia adalah tok guru kita..Nauzubillah...semoga mendapat pedoman dari Ya Rabb...as salam....

Sebutir Kasih Sejuta Sayang: HAWA dijadikan ketika ADAM a.s tidur...

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.




Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

--------------------------------------------

INDAH KAN HASIL PENULISAN NI?ana ambil dari

Sebutir Kasih Sejuta Sayang : http://adminskss.blogspot.com/

SUBHANALLAH...indah kan mnjadi wanita?jadi..kne betol2 berusaha mnjadi yang solehah..nak menjadi si penenang buat sang Adam..huhu..malu pulak bila fikir...k la..as salam..semoga iman itu sentiasa bertambah~ (^_^)

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH



as salam semua ^^,
lama x update blog..
setelah di"kerah" oleh "seseorang" makanya ana pon "terpaksa" la meng"update"~
hehe..xdela..lama sebenarnya nk menaip kt blog ni..cuma agak bz sket kn..
ha..t ana update pasal satu program haji yg ana pergi aritu yek..
arini,kita bercerita pasal "KASIH SAYANG KERANA ALLAH"~ (^_^)
cite sal kasih sayang ni mmg nk senyum jek..KENAPAKAH?hihi...
baiklah..lets go trough to the story about "KASIH SAYANG"

------------------------------------------------------------

ada satu kisah yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di kampung yang lain.
Maka Allah s.w.t menghantar malaikat ke jalan yang dilalui untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu,malaikat bertanya "Ke manakah kamu ingin pergi?'
Jawab lelaki itu jujur :" Aku ingin bertemu sahabatku di kampung ini."
Malaikat bertanya lagi :" Adakah bagi kamu apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab :"Tidak.Aku menziarahinya kerana aku menyayanginya kerana Allah."
Berkata malaikat : " Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah juga menyayanginmu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya. (Riwayat Muslim).

-----------------------------------------------------------

orang yang ikhlas bersahabat kerana ALlah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hunungan persahabatan yang terbina..bukan harta,pangkat,populariti,"ensem" kecantikan yg d lihat..tetapi..ukhwah itu terbina kerana tulus menyayangi dan mencintai seseorang kerana Allah..mudah2an Allah mempermudahkan segala ukhwah antara ana dan "sahabat2" ana~(^_^)

*asik tersenyum jek post ni..berat nanang...

sumber:majalah solusi edisi 33