i love islam

lailahaillallah..

zikrullah n doa

Wednesday, September 7, 2011

sabar itu indah



Bismillahirrahmannirrahim..Assalammualaikum w.b.t..Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk terus mencoret walaupun agak lama ana tidak betul2 focus kepada blog ana ini..

Baiklah..topik ana adalah perkataan yg seringkali kita dengar apabila dilanda musibah iaitu "SABAR.."

Pengucapan kata2 "sabar" itu kelihatannya amat mudah untuk diungkapkan..tp,adakah kita benar2 seorang yg sabar?? mulut berkata "sabar..tetapi ati terus2an memberontak menyalahkan takdir.." kenapa?? ha..tye diri dulu yek..

Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda..Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya...

Allah berfirman, surah Al-Baqarah:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

dan Alhamdulillah di atas ujian utk ana pada hari ini..walaupun agak sukar untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa,tetapi ana berharap ana akan terus bersabar..semoga ati ana sentiasa redha di atas setiap ujian yang ditimpakan..Alhamdulillah..oleh itu yek sahabat2,sentiasa sabar dan redha yek.. wallahua'lam bissawab...^_~


"Ya Allah..timpakanlah sebanyak mana kesakitan kepadaku..hanya dengan itu dosaku bisa terhapus..namun Ya Allah..janganlah sakit ini melemahkan imanku dan ibadatku kepadaMu...tetapkanlah hatiku dalam mencintaiMu...PadaMu hambaMu berserah diri...AMIN YA RABB..."

3 comments:

  1. ana sokong anti kata . hati ni bile lama2 sudah didik dgn sabar dan redha dgn ketentuanNya kita akn rasa tenang . btl x anti ? :)

    ReplyDelete
  2. semoga kite dibekalkan selalu dgn sifat sabar dan yakin pada Allah ..

    ReplyDelete
  3. Allahumma Amin...mudah2an...tiada jalan lain atau cara lain..sememangnya seorang hamba itu perlu sabar..trima ksih ukhti.. =)

    ReplyDelete